Saturday, 13 April 2013

kenali dia

     
 
 
 
 
 hehe.. tak da ceta menarik apa-apa pun, juz nak bercerita ttg kucing kami.. nama dya Chi.., nama ni sebenarnya kn.. kami ambik dari ceta (Chi's sweet home) ceta jepun. Semenjak rumah kami ada kucing nih.. asyikkk ja makan ikang.. sat-2 ikan sambal, pastu masak asam pedas, hmmm.. suma ikan la
 
 
 
 
ni lha Chi kami 
semua tempat tidow yg pelik-2
 
 





















tu ja nak tunjukk.. daa~

Tuesday, 2 April 2013

salahkah bercinta?

REMAJA selalu bertanya "apakah salah kami bercinta?" tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah naluri(instinct) setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah, masakan Tuhan mengurniakan rasa cinta? Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.

Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Justeru DIA juga telah mencipa peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia. Di  sinilah berlakunya ‘cinta terlarang’ – yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari Allah.

Ketika itu fitrah bertukar menjadi fitnah. Bila kehendak tabi’e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah, maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Jadi janganlah kita hanya mengakui  cinta itu dari Allah, tetapi akuilah juga adaNYA peraturan cinta- yang juga datang dari Allah. 

♥ Peraturan bercinta 


MENGAPAKAH perlu ada peraturan bercinta?? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia dalam memenuhi keinginan fitrah tabienya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kerosakan. Tanpa peraturan akan terjadi ‘cinta terlarang’. Cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak pelanggaran peraturan dilakukan lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai-bagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Setenguk kita minum dari kendi cinta terlarang,  racunnya akan meresap mumbunuh akal, jiwa dan perasaan.



Cinta yang suci mesti dipelihara dan dilindungi. Orang yang tidak memelihara dan melindungi cinta dengan peraturan Pencipta cinta samalah dengan mempermainkannya. Apa maksud mempermainkan cinta? Cinta yang dipermainkan ialah cintayang tidak setia, cinta bersalut nafsu, cinta tiada matlamat dan tujuan yang sucidan tinggi (melainkan matlamat-matlamat yang bersifat inderawi  dan bermartabat rendah). Habis manis sepah dibuang. Ketika itu cinta sudah tidak suci lagi. 

✿ cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan-Nya
-AHLI SUFI