
Dari Anas r.a daripada Rasulullah
s.a.w sabdanya:
“tiga perkara yang mengiringi
jenazah iaitu keluarganya,hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali
semula,yang tinggal hanyalan amalannya”
HR.Bukhari dan muslim.
Pura-pura pekak
Abu Abdurrahman Hatim Bin
Alwan ialah seorang ulama yang sangat dikenali dan seluruh kehidupannya
dihabiskan dengan beribadat kepada Allah S.W.T. Beliau memiliki satu ungkapan
yang bermaksud ,”orang yang sihat adalah orang yang tidak pernah melakukan dosa
dari pagi hingga ke malam.”
Abu Abdurrahman mendapat
gelaran al-Asham, iaitu maksudnya orang pekak. Tetapi ,Abu Abdurrahman tidaklah
pekak .Sebenarnya, ada kisah di sebalik gelaran yang diterima oleh Abu
Abdurrahman ,iaitu untuk menjaga kehormatannya dan perasaan seorang wanita.
Pada suatu hari,seorang
wanita datang berjumpa dengan Abu Abdurrahman untuk bertanyakan masalah
berkaitan agama. Oleh sebab Abu Abdurrahman ialah seorang ahli agama, maka
kepadanya sahajalah wanita itu boleh tuju, lagi pun selama ini memang banyak
orang yang datang meminta pendapat daripada Abu Abdurrahman Hatim Bin Alwan.
Ketika wanita itu mengajukan
pertanyaan, tiba-tiba wanita itu terkentut di hadapan Abu Abdurrahman dengan
bunyi yang kuat. Situasi itu merupakan insiden yang sangat memalukan wanita
tersebut sehingga wanita itu gugup dan terketar-ketar serta wajahnya menjadi
pucat.
Abu Abdurrahman sangat tahu
perasaan wanita itu dan beliau berusaha untuk megelakkan wanita tersebut dari
semakin dan bertambah malu. Untuk menjaga perasaan wanita itu, Abu Abdurrahman
Hatim Bin Alwan telah berkata,”kuatkan suara kamu!”
Abu Abdurrahman telah
berpura-pura menjadi pekak dan berkali-kali menyuruh wanita itu menguatkan
suaranya. Ketika itulah wajah wanita itu kembali normal kerana pada fikirannya tentu
Abu Abdurrahman peka dan tidak mendengar bunyi kentutnya yang sangat kuat tadi.
Sejak daripada peristiwa itu,
Abu Abdurrahman Hatim Bin Alwan telah digelar al-Asham. Sehingga Abu
Abdurrahman meninggal dunia ,beliau telah terpaksa berlakon sebagai orang pekak
semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah seorang wanita.
Kita digalakkan
menjaga kehormatan dan keaiban orang lain supaya perasaan mereka tidak
terganggu, sekalipun dalam keadaan yang sukar. Islam mengharuskan pembohongan
dalam sesuatu keadaan yang diizinkan, semata-mata untuk menjaga maruah dan
kehormatan orang lain.
Bukankah
kehidupan kita akan bahagia dan aman jika setiap manusia tahu untuk munutup
keaiban orang lain dan menjaga kehormatan orag lain, saling menghormati,
mengasihi antara satu sama lain. Islam menuntut begitu supaya tidak terjadi
seperti sekarang,banyak konflik dan permusuhan serta perbezaan antara orang
yang miskin dengan orang yang berada. Sedangkan, dalam islam semua manusia
adalah sama tarafnya, yang membezakan adalah keimanan.
Tetapi kebanyakan
daripada manusia di dunia ini sudah tidak tahu untuk hormat menghormati, tidak
peduli dengan perasaan orang lain walau dengan adik beradik sendiri, dan sangat
ego.
Selagi kita
beringat dan sedar tentang taraf yang sama antara setiap manusia, maka jagalah
perasaan orang lain dan menjaga maruah kita. Ini kerana jika kita menjaga
maruah orang lain, maruah kita juga akan dijaga oleh orang lain pula.

No comments:
Post a Comment